Piagam Pelanggan

  1. Kami memberi layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami.
  2. Memberikan maklumbalas akuan terima aduan awam dalam tempoh 3 hari bekerja.
  3. Menjamin untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan asas di semua kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Tanjong Malim.
  4. Bil - bil Cukai Taksiran akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 15 januari (1/2 tahun pertama) dan 15 Julai (1/2 tahun kedua).
  5. Kami akan meluluskan permohonan cadangan pemajuan dalam tempoh 4-6 bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
  6. Kami akan meluluskan permohonan lesen perniagaan dalam tempoh 1 (satu) hari bagi perniagaan yang tidak berisiko.
  7. Kami akan memastikan bahawa bil dibayar dengan segera tidak lewat dari 10 hari dari tarikh ianya disampaikan di Jabatan Perbendaharaan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen pembayaran yang lengkap.
  8. Perkhidmatan Pembersihan Awam akan dilaksanakan seperti berikut :-

Kutipan Sampah -
i) Taman perumahan - 3 kali seminggu
ii) Kawasan protokol - 6 kali seminggu
 
Pemotongan rumput - 21 hari satu pusingan
Pembersihan longkang - 90 hari satu pusingan

No comments:

Post a Comment