Sunday, August 23, 2020

LAWATAN KERJA YB HAJJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN KE SLIM RIVER

 MASA : 9:00 pagi hingga 3:00 petang
TARIKH : 23 Ogos 2020 (Ahad)
TEMPAT : Slim River

23 OGOS 2020 (Ahad) - Lawatan kerja YB Hajjah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan di sekitar pekan Slim River.

Kawasan yang dilawati adalah Pasar Awam, Medan Selera, Padang Awam, Taman Tasik YDP dan Lawatan ke Kawasan Banjir Taman Slim Makmur, Slim River.

Turut hadir iaitu Tuan Faizal Nizam Bin Md Nor, Yang Dipertua MDTM.


Pautan berita:
http://www.mdtm.gov.my/ms/mdtm/pusat-media/berita/lawatan-kerja-yb-hajjah-zuraida-binti-kamaruddin-ke-slim-river

Friday, August 21, 2020

LAWATAN KERJA YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG, MENTERI PENGANGKUTAN KE SLIM RIVER


MASA : 10:00 pagi hingga 1:00 petang
TARIKH : 20 Ogos 2020 (Khamis)
TEMPAT : Slim River


20 OGOS 2020 (Khamis) - YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan telah melawat tapak KTM Slim River berkenaan masalah Jalan yang berada di kawasan KTM. Jalan tersebut perlu diserahkan penyelenggaraan MDTM. Pelaksanaan survey akan dibuat untuk mengenal pasti kawasan yang terlibat. Hasil lawatan juga mendapati tapak longkang besar berdekatan adalah di kawasan KTM. Pihak JPS akan mengenal pasti status kawasan longkang tersebut untuk dijadikan kolam tadahan bagi membendung masalah banjir.

Lawatan turut dihadiri oleh Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Dato Dr. Mah Han Soon serta Tuan Faizal Nizam Bin Md Nor, Yang Dipertua MDTM.


Pautan berita: 
http://www.mdtm.gov.my/ms/mdtm/pusat-media/berita/lawatan-kerja-yb-datuk-seri-ir-dr-wee-ka-siong-menteri-pengangkutan-ke-slim

Wednesday, August 19, 2020

LAWATAN KERJA YB DATO’ NOLEE ASHILIN BINTI MOHAMMED RADZI KE SLIM RIVER


MASA : 9:00 pagi hingga 1:00 petang
TARIKH : 18 Ogos 2020 (Selasa)
TEMPAT : Slim River

Selasa, 18 Ogos 2020 - Lawatan kerja YB Dato' Nolee Ashilin Bt. Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak telah diadakan di sekitar pekan Slim River.

Kawasan yang dilawati adalah Ladies Lane, Pekan Slim River, Padang Slim River dan Gimik Taman Pokok CSR di Tasik YDP yang dianjurkan oleh Syarikat Konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd.

Turut hadir iaitu Encik Mohd Zaidi bin Abdul Aziz, Calon Pilihan Raya Kecil DUN Slim, Tuan Faizal Nizam bin Md Nor, Yang Dipertua MDTM, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MDTM. Encik Zaiam Bin Zali, Senior Project Manager.

Pautan berita:
http://www.mdtm.gov.my/ms/mdtm/pusat-media/berita/lawatan-kerja-yb-dato%E2%80%99-nolee-ashilin-binti-mohammed-radzi-ke-slim-river



Thursday, August 13, 2020

PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL KESIHATAN PERSEKITARAN TAHUN 2020


MASA : 9:00 pagi hingga 5:00 petang
TARIKH : 13 Ogos 2020 (Khamis)
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sri Malim, Majlis Daerah Tanjong Malim

 

13 Ogos 2020 (Khamis) - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima Lawatan Program Pemantauan Audit Teknikal Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan Bagi Tahun 2020 yang telah diadakan di Bilik Seri Malim, MDTM.

Lawatan Program Pemantauan Audit Teknikal (PPAT) Kesihatan Persekitaran ini telah dihadiri oleh Cik Rahayu Binti Abu Bakar dan Encik Abdul Jamal Bin Abd Razak selaku Ahli Pemantauan, Jabatan Kerajaan Tempatan.

Turut hadir, Encik Roslan Bin Kamaruzaman, Setiausa MDTM, Puan Hajah Siti Aida Binti Rasidi, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.


Pautan berita : 
http://www.mdtm.gov.my/ms/mdtm/pusat-media/berita/program-pemantauan-audit-teknikal-kesihatan-persekitaran-tahun-2020