Yang Dipertua serta warga Majlis Daerah Tanjong Malim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Semoga sambutan perayaan kali ini memberi kebahagiaan serta keberkatan kepada semua.
Tuesday, June 12, 2018
11 Jun 2018 - Program Bakul Kasih 1439H telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MDTM Tuan Faizal Nizam b Md. Nor bersama beberapa Pegawai dan Kakitangan MDTM yg melibatkan kawasan Tg. Malim dan Behrang Stesen.
1 Jun 2018 - Majlis Berbuka Puasa Yang Dipertua Tuan Faizal Nizam b Md. Nor Bersama Warga Kerja Majlis Daerah Tanjong Malim.
Majlis dihadiri kira-kira 200 orang pegawai dan kakitangan dari 11 Jabatan melibatkan Kakitangan Tetap & Kontrak.
Dalam ucapannya, Yang Dipertua MDTM telah memberi kata semangat dan perangsang kepada warga kerja MDTM untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di sekitar Daerah Muallim.
31 Mei 2018 - Program "Jom Tapau" Sempena Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau Majlis Daerah Tanjong Malim & Pengedaran Bubur Lambuk di Bazar Ramadan Tanjong Malim. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim Tuan Faizal Nizam bin Md. Nor.
1 Jun 2018 - Lawatan EXCO Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak ke tapak Transit Home Tanjong Malim bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Majlis Daerah Tanjong Malim, Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, Pemaju serta wakil ADUN.