Sunday, September 25, 2016

TANJONG MALIM : 25 SEPTEMBER 2016 (AHAD), Muallim Cross Country Run 2016 (MCCR) telah berlangsung dengan meriah serta telah mewarnai bandar Tanjong Malim. MCCR’16 merupakan acara yang julung kali diadakan dan telah menarik hampir 600 peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. MCCR’16 turut disertai peserta luar negara iaitu daripada Kenya, Germany, USA, Newzealand, Indonesia dan Australia.
MCCR’16 dianjurkan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) serta penganjur bersama Outdoor Pro Malaya (OPM) serta rakan-rakan strategic lain seperti PDRM, BOMBA dan Penyelamat Malaysia, RELA, BSMM, MOA, UPSI, PSAS, LAP, TNB, PPD Batang Padang dan KBS ini telah mempertandingkan tiga (3) kategori iaitu :-
Kategori Wild Lelaki / Wanita (20km)
Kategori Mild Lelaki / Wanita (10km)
Fun Run (5km)
MCCR’16 juga turut disertai oleh empat (4) buah Sekolah Menengah di sekitar daerah Muallim iaitu Sek. Men. Kebangsaan Khir Johari, Sek. Men. Kebangsaan Methodist, Sek. Men. Kebangsaan Katholik dan Sek. Men. Keb. Dato’ Zulkifli Muhammad.
Muallim Cross Country Run 2016 (MCCR) merupakan acara tahunan yang akan diadakan sempena sambutan Tahun Melawat Negeri Perak 2017.








Image may contain: 4 people
Image may contain: 9 people, people standing
Image may contain: 17 people, people standing, shoes and outdoor
Image may contain: 1 person, standing, sky and outdoor 
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor
Image may contain: 1 person, standing, shoes, sky and outdoor
Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and outdoor
Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Friday, July 15, 2016